Mr. Detective

Monday, 13 July 2015

The Special One

            Sebelum jendela perpindahan dibuka musim ini iaitu 2014/15, kebanyakan penyokong Chelsea F.C tidak begitu gembira akan khabar perpindahan tonggak utama pemain pertahanan versatil mereka kelahiran Brazil, David Luiz ( 26 ) yang bakal menyertai Paris St Germain ( PSG ) dengan harga perpindahan yang lumayan iaitu $50 juta menjadikan dia sebagai pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak. Para penyokong tegar Chelsea FC tidak begitu menyenangi Jose Mourinho ( The Happy One ) kerana mereka beranggapan bahawa David Luiz merupakan salah seorang                antara pemain-pemain terbaik di Chelsea dan banyak membantu Chelsea menjulang trofi-trofi utama England mahupun Eropah.Namun, dia dilihat banyak memberi sumbangan semasa Chelsea menjulang trofi idaman para pemain- yang beraksi di Eropah iaitu, UEFA Champions League Cup 2011/12 di bawah bimbingan adiwira saat genting mereka,  Roberto Di Matteo. Dia merupakan salah seorang daripada lima pemain Chelsea yang mengambil sepakan penalti dalam penentuan kemenangan di samping Ashley Cole, Frank Lampard, Juan Mata dan Didier Drogba menentang Bayern Munich yang dibarisi oleh ramai pemain-pemain bintang seperti Manuel Neuer, Phillip Lahm, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller, Mario Gomez, bintang sensasi Belanda Arjen Robben, Frank Ribery dan ramai lagi. Mereka juga memenangi Piala FA 2011/12 pada tahun yang sama serta Europa League Cup 2012/13 pada musim berikutnya. Semasa Mourinho mengendalikan kelab untuk kali kedua, dia sering diletakkan di bahagian tengah bertahan berbanding posisi semula jadinya, bek tengah kerana untuk memberi laluan kepada Gary Cahill kerana kekurangan aspek defensif dalam permainan.
                Para penyokong juga berbeza pendapat mengenai perpindahan Juan Mata ke seteru utama mereka, Manchester United di bawah bimbingan David Moyes pada jendela perpindahan musim sejuk 2014. Pada awalnya, Jose Mourinho bertegas bahawa Juan Mata merupakan sebahagian daripada perancangannya namun dia hanya memulakan dua perlawanan sejak Mourinho mengendalikan Chelsea untuk kali kedua. Walaupun Mata jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, dia masih lagi menyumbang dalam beberapa gol-gol peting Chelsea seperti hantaran sepakan percuma yang akhirnya ditanduk masuk oleh Terry dan menyingkirkan Arsenal daripada persaingan Piala Liga Capital One 2014 melalui gol Mata. Apabila Mata mendapati bahawa dia bukan lagi pemain pilihan Mourinho dan sentiasa di belakang bintang Brazil, Oscar dalam turutan, dia akhirnya menyertai Manchester United dengan harga perpindahan $32 juta, memecahkan rekod perpidahan kelab pada masa itu dengan persetujuan bersama kelab. Mourinho menyatakan bahawa Juan ( Mata ) gembira dengan perpindahan ini demi peningkatan dalam kariernya. Juan Mata merupakan tonggak penting semasa Chelsea menjulang Piala Liga Juara-Juara 2011/12, Piala FA 2012 dan juga Piala Europa 2012/13. Dia juga menjadi pemain terbaik kelab untuk dua musim berturut-turut iaitu pada tahun 2011 dan 2012. Dia telah menjadi nadi dalam bahagian midfielder dalam menentukan rentak perlawanan serta mempunyai visi yang tinggi pada tempoh tersebut sebelum digugurkan Mourinho atas sebab kekurangan aspek defensif.
                Begitu juga dengan kisah bintang legenda Chelsea, Frank Lampard yang meninggalkan Chelsea selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh bahagian pengurusan. Para penyokong sekali lagi tidak berpuas hati dengan Mourinho kerana melepaskan salah seorang midfielder yang telah menjadi nadi untuk kelab lebih dari sedekad. Bukan itu sahaja, ini bermakna Chelsea juga telah melepaskan penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea yang sebelum rekod ini dipegang oleh Bobby Tambling. Dalam kariernya yang penuh gilang-gemilang, dia telah mengucup begitu banyak medal dan trofi. Dia telah meraih tiga Piala Liga Perdana Inggeris,  empat Piala FA, dua Piala Liga, dua Perisai Komuniti, satu Piala Liga Juara-Juara, satu Piala Europa selain anugerah-anugerah individu sejak menyarung jersi Chelsea. Malah, dia juga telah mengepalai Chelsea semasa menentang Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara Eropah 2011/12 ( di mana dia merupakan salah satu pengambil sepakan penentuan penalti ) dan juga S.C Benfica dalam final Liga Europa edisi  2012/13. Frank merupakan salah satu midfielder terbaik pada zamannya di samping rakan senegaranya, Steven Gerrard, serta boleh beraksi dalam pelbagai posisi tengah ( pemain perancang no. 8, pemain tengah, midfielder defensif ) dan kadangkala boleh beraksi di bahagian sayap. Semasa Mourinho menguruskan Chelsea pada kali pertama, Frank merupakan pemain penting semasa menamatkan dominasi Manchester United serta Arsenal dalam persaingan kejuaraan liga Inggeris. Semasa bimbingan Mourinho pada kali kedua pula, pada awalnya dia merupakan pemain utama kelab sebelum dia jatuh dalam pemilihan skuad di bawah Oscar dan Ramires namun selepas kejatuhan prestasi Oscar selepas musim sejuk, Mourinho sekali lagi menggunakan khidmat Frank untuk berganding bersama rekrut terbaru Mourinho pada musim sejuk, Nemanja Matic dari S.C Benfica. Kini dia beraksi untuk Manchester City dengan status pemain pinjaman dari New York F.C.
                Begitu juga nasib Ashley Cole ( serupa dengan Frank Lampard ), tidak diberikan kontrak lanjutan  oleh pihak pengurusan atasan. Kini dia beraksi di Itali bersama A.S Roma, namun dilaporkan kurang gembira kerana kekurangan minit permainan walaupun cemerlang semasa pra-musim. Semasa menyarung jersi Chelsea, dia telah meraih banyak  trofi dan merupakan salah satu skuad yang memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah edisi 2011/12 mengalahkan Bayern Munich ( di mana dia juga merupakan salah seorang pengambil sepakan penentuan penalti ) dan juga Piala Europa edisi 2012/13.  Semasa zaman kemuncaknya, dia merupakan seorang bek kiri yang paling digeruni di Inggeris kerana ketangkasannya bertahan serta kelincahan semasa naik menyerang seolah-olah posisinya di bek kiri tidak akan terancam. Namun pada era kedua Mourinho, dia pada awalnya merupakan skuad utama Mourinho tetapi selepas beberapa aksi hambar terutama semasa pertembungan menentang Newcastle ( Chelsea tewas dalam perlawanan tersebut ), dia telah digugurkan oleh Mourinho selepas kebangkitan prestasi bek tepi kelahiran Sepanyol, Cesar Azpilicuetta setiap kali diturunkan oleh Mourinho. Mourinho juga pernah menyatakan bahawa dia tidak mempedulikan lagi Cole ( Ashley ), malah tidak juga mengambil berat tentang dia. Pada musim perpindahan 2014/15, dia telah menjadi ejen bebas.
                Trio penyerang Chelsea musim lalu, Fernando Torres, Samuel Eto’o dan Demba Ba, kesemuanya telah meninggalkan Chelsea musim panas ini. Eto’o meninggalkan Chelsea selepas kontraknya selama setahun tamat dan sekarang menyertai Everton secara percuma. Selepas meninggalkan Chelsea, dia sering mengkritik Mourinho selepas Mourinho melabel Eto’o sebagai kuda tua memandangkan umurnya sudah mencecah 33 tahun, namun begitu, Eto’o merupakan penyerang yang masih boleh diharapkan dan cemerlang dengan 13 gol musim lalu serta meledak hatrik menentang Manchester United. Nasib Fernando Torres pula sama setiap musim, namun pada musim lepas, dia telah menunjukkan sedikit peningkatan, terutama semasa menentang pasukan-pasukan yang kuat seperti Bayern Munich, Manchester City dan Atletico Madrid. Pada awal musim, dia merupakan striker utama pilihan Mourinho, namun dengan peningkatan prestasi Samuel Eto’o, dia hanya memanaskan di bangku simpanan. Torres mempunyai momen yang terbaik apabila bertemu dengan bekas kelabnya, Liverpool, di mana dia telah mengumpan bola kepada Willian ( pemain sayap kanan ) dalam keadaan 2 vs 1 dan Willian menjaringkan gol. ( Chelsea menang 2-0 ). Dengan persetujuan bersama, Torres akhirnya melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke AC Milan demi memulihkan semula kariernya.  Bagaimana pula nasib Ba ??? Pemain kelahiran Senegal yang dibawa masuk oleh Rafael Benitez pada pertengahan musim 2012/13  dari Newcastle ini mempunyai reputasi yang terbaik semasa di Newcastle, namun malap ketika di Chelsea. Ba jarang menghampakan apabila diturunkan. Momen yang terbaiknya adalah apabila menjaringkan gol penyamaan ke atas Paris St-Germain aksi timbal balik pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/14. Ba akhirnya menyertai Besiktas kerana berasa dirinya akan terpinggir sejurus ketibaan Diego Costa dari Atletico Madrid. Romelu Lukaku ( dipinjamkan ke Everton ) mempunyai nisbah jaringan yang menarik di Everton dan merupakan pemain termuda yang menjaringkan 65 gol pada usia 21 tahun ( berkongsi tempat dgn Sergio Aguero ). Lukaku akhirnya memeterai perjanjian tetap dengan Everton dgn nilai perpindahan yang cukup lumayan buat Chelsea untuk menutup kos perbelanjaan musim panas ini.
                Kenapakah Mourinho singkirkan mereka dari kelab sedangkan mereka telah memberi sumbangan yang banyak terhadap kelab dan telah memenangi beberapa trofi semasa menyarung jersi Chelsea. Seperti yang kita tahu, Jose Mourinho merupakan salah seorang pengurus yang pakar dalam taktikal, formasi dan strategi. Dia tidak terlalu mengharap pemain terbaik dari segenap posisi, Cuma dia mahukan kecenderungan pemain-pemain yang dimilikinya. Jose Mourinho amat menggemari satu taktikal yang lebih dikenali sebagai DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE iaitu, taktikal yang mementingkan aspek disiplin semasa bertahan daripada setiap pemain dan gaya serangan yang cantik semasa melakukan serangan serta permainan fizikal. Kita bandingkan kelas Mourinho 2013/14 dan kelas kini, Mourinho 2014/15. Petr Cech telah menjadi penjaga gol yang cemerlang buat sekian lama selepas ketibaan The Special One pada 2004 mengatasi Carlo Cudicini. Namun, kepulangan semula Thibout Courtois ke Chelsea selepas tempoh pinjaman yang mengagumkan di Atletico Madrid menyebabkan Mourinho lebih gemar menurunkan Courtois berbanding Cech. Faktornya, (1) umur, Courtois masih muda ( 22 ) manakala Cech ( 32 ). (2) Cech juga telah melalui tempoh kemuncak kariernya manakala Courtois pula strategi jangka masa panjang dan sekarang dia berada dalam puncak kariernya.
                Kita lihat pula pada bahagian bek tepi ( kiri & kanan ). Jose Mourinho suka mengamalkan taktikal overlap, attacking fullbacks dalam pelannya. Pada bahagian bek kanan pula tiada masalah kerana Branislav Ivanovic cemerlang semasa bertahan dan menyerang juga. Iva juga bijak dalam pergerakan set-piece. Jika Ivanovic cedera ataupun beralih ke posisi bek tengah, bek muda kelahiran Sepanyol, Azpilicuetta  masih mampu menggalas tugas tersebut dengan cemerlang. Pada musim lalu, Ashley Cole mengalami penurunan prestasi, namun Mourinho telah mengalihkan peranan Azpilicuetta dari bek kanan ke bahagian kiri. Untuk mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa masuk finalis Liga Juara-Juara 2013/14, Filipe Luis dari Atletico Madrid. Felipe dikenali sebagai seorang bek yang tangkas dan rajin semasa kariernya di Atletico Madrid. Masalah di bahagian bek tepi telah diatasi. Sekarang kita lihat pula bek tengah. Mourinho memerlukan dua bek yang sasa, tidak mementingkan aspek ATTACKING MENTALITY PROGRESSIVE serta mahir dalam gerakan set-piece. Di sinilah kelemahan David Luiz kerana Luiz lebih gemar naik menyerang sehingga meninggalkan bahagian kosong di bahagian pertahanan. Hal ini pasti menimbulkan huru-hara apabila pasukan musuh melakukan counter-attack kerana Luiz tidak memiliki kelajuan. Dan ini juga sebab mengapa Mourinho lebih gemar menurunkan Luiz di bahagian midfielder defensif berbanding bek tengah.  John Terry, Gary Cahill, Branislav Ivanovic dan Kurt Zouma sedia menggalas tanggungjawab tersebut. Mengapa Terry diberikan kontrak lanjutan sedangkan Lamps dan Cole tidak diperbaharui kontrak mereka.??? Hal ini kerana Mourinho masih memerlukan pemimpin di atas padang untuk memotivasikan pasukan mereka. John Terry, salah satu kapten yang berwibawa, sentiasa memberi motivasi kepada ahli pasukannya.
                Kita lihat pula pada bahagian midfielder. Mourinho memerlukan seorang pemain tengah yang bersifat defensif. Ramires bukanlah jawapan sebenar kerana dia adalah midfielder deep-lying ( bermain antara kawasan serangan-defensif ). Frank Lampard juga telah tua dan dia tidak memiliki kepantasan seperti dulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa pulang Nemanja Matic dari S.C Benfica semasa musim sejuk. Matic sememangnya cemerlang setiap kali diturunkan. Peranan midfielder defensif adalah menutup bahagian yang ditinggalkan oleh bek-bek tepi semasa naik menyerang, mengeluarkan bola dari kotak penalti untuk melakukan serangan balas dan mengumpan bola ke arah kedua-dua bek tepi. Masalah midfielder defensif juga dapat diatasi. Sekarang kita lihat pula bahagian midfield tengah. Seperti mana yang kita tahu, Jose Mourinho gemar akan seseorang midfielder yang fleksibel yang dikenali sebagai Dynamic Midfielder/ Creative Midfielder ( pemain yang mempunyai kecenderungan untuk turun naik ). Pada musim lepas, Mourinho mempunyai beberapa pemain tengah seperti Frank Lampard dan Ramires. Lamps pula telah melepasi peringkat kemuncaknya seperti yang dikatakan tadi manakala Ramires pula belum menunjukkan kemajuan tetapi masih mampu menggalas tugas tersebut dengan baik. Pada perpindahan kali ini, Mourinho telah membawa masuk bintang sensasi Sepanyol dan Catalan iaitu Cesc Fabregas. Fabregas mampu bermain dalam pelbagai posisi midfield dan penyerang seperti false 9, pemain sayap, perancang no. 8 dan 10, midfielder tengah dan midfielder defensif. Fabregas mempunyai visi yang tinggi serta pakar dalam hantaran dan juga mementingkan aspek bertahan dalam permainan. Ramires pula bakal menjadi pemain sokongan untuk Cesc jika berlakunya kecederaan ataupun perubahan posisi dan strategi.
                Mourinho mengekalkan Ramires kerana pemain ini masih lagi berada pada zaman kemuncaknya dan memiliki sikap disiplin semasa bertahan. Bahagian midfielder bukan lagi jadi masalah kerana menepati kriteria Mourinho. Di bahagian midfielder serangan/perancang pula, posisi ini boleh digalas oleh Oscar walaupun merudum selepas musim sejuk musim lalu. Pada musim lepas, Juan Mata berada dibelakang Oscar dalam turutan pemilihan skuad kerana faktor Oscar lebih mementingkan DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE berbanding Juan Mata. Jika Oscar tercedera, pemain lain seperti Cesc Fabregas, Eden Hazard masih boleh memikul peranan  tersebut. Perbezaan antara Mata dengan Oscar : (1) Mata bermain lebih selesa bermain lebih ke atas, Oscar pula lebih cenderung bermain dalam peranan No. 8. (2) Mourinho menganggap Mata mempunyai kurang dalam aspek disiplin bertahan walaupun masih cemerlang memikul peranan tersebut. Oscar mampu memikul tugas yang ditinggalkan oleh Joe Cole. Pada bahagian sayap pula, saya berasa Mourinho menang dalam aspek pemain sayap ini kerana Mourinho sendiri yang membawa masuk pemain-pemain tersebut seperti Andre Schurrle, Mohamad Salah, Willian. Mourinho gemarkan seorang pemain sayap yang akan turun ke bawah sedikit untuk membantu semasa bertahan serta dapat menutup kekosongan bahagian bek tepi jika bek tepi naik menyerang.  Pada bahagian sayap kiri pula, ia menjadi posisi semula jadi untuk bintang Belgium, Eden Hazard ( merupakan pemenang anugerah pemain terbaik kelab pilihan peminat pada tahun 2014 ).
                Namun, Hazard juga boleh menggalas peranan No. 10 jika keadaan memaksa ataupun perubahan formasi oleh Mourinho. Di bahagian sayap kanan pula, Schurrle, Willian dan Salah perlu bersaing untuk menjadi pilihan utama Mourinho. Schurrle dan Willian juga mampu bermain pada bahagian sayap kiri jika Eden Hazard tidak diturunkan oleh Mourinho. Schurrle juga mampu bermain sebagai striker utama, namun lebih kerap diturunkan sebagai pemain sayap ketika di Chelsea dan Jerman.  Mourinho tidak perlu khuatir pada bahagian sayap kerana masih terdapat pemain yang sedia diturunkan jika berlaku kecederaan terhadap pemain utama. Masalah yang sentiasa menghantui The Happy One adalah di bahagian striker.Pada musim lalu, Mourinho mempunyai tiga pilihan pemain untuk mengetuai jentera serangan iaitu Fernando Torres ( menyertai AC Milan ), Samuel Eto’o ( menyertai Everton ) dan Demba Ba ( menyertai Besiktas ). Mourinho gemarkan seorang penyerang yang bertubuh sasa, mengamalkan corak permainan bertahan serta bermain secara fizikal atau dikenali sebagai target-man ( seperti Didier Drogba ). Ciri-ciri tersebut hanya menepati kriteria Eto’o, tetapi dia telah berusia. Torres pula lebih selesa berlari sambil membawa bola dari bawah dan bermain di kawasan yang luas, tetapi menemui kesukaran jika bermain dlm kawasan yang kecil kerana asakan lawan. Ini berm akna Torres perlu disisihkan dari senarai. Demba Ba juga masih seorang penjaring yang prolifik dan hampir serupa dengan Drogba tapi harus diingatkan hanya ada satu Drogba sahaja di muka bumi ini. Ba juga digugurkan oleh Mourinho kerana bukan pelan jangka masa panjang Mourinho. Untuk mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa masuk Diego Costa dari Atletico Madrid kerana reputasinya di Vicente Calderon harus dibanggakan. Mempunyai rembatan yang padu, memiliki tubuh yang sasa, deras semasa mengawal bola, mampu memenangi pertembungan bola di udara serta tajam di hadapan pintu gol telah membuktikan mengapa Mourinho membawa masuk Diego Costa.
                Mourinho juga telah membawa masuk penyerang Perancis dari QPR, Loic Remy. Remy merupakan pemain sokongan untuk Diego Costa dan mempunyai nisbah jaringan yang menakjubkan serta menepati ciri-ciri penyerang yang dikehendaki Mourinho. Dan perkara paling ditunggu-tunggu peminat setia Chelsea adalah Mourinho telah membawa pulang legenda kelab, Didier Drogba ke Stamford Bridge. Walaupun dia kini telah berusia 36 tahun, Mourinho masih menuntut pengalaman Drogba agar pasukan kendaliannya menjadi matang. Drogba juga menyedari dia bukanlah kembali ke Chelsea untuk menjadi pemain utama, tetapi menjadi pemain sokongan untuk Costa. Kepimpinan Drogba juga diperlukan dalam bilik persalinan. Melalui hujah di atas, kita dapat simpulkan bahawa Jose Mourinho bukanlah membina skuad berdasarkan status bintang mereka semata-mata tetapi dibina berdasarkan keenderungan mereka dan yang paling penting, mengamalkan aspek disiplin semasa bertahan iaitu DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE.


                                                             

                                              
            
                                                               
                                                               


No comments:

Post a Comment