Sebelum jendela perpindahan dibuka
musim ini iaitu 2014/15, kebanyakan penyokong Chelsea F.C tidak begitu gembira
akan khabar perpindahan tonggak utama pemain pertahanan versatil mereka
kelahiran Brazil, David Luiz ( 26 ) yang bakal menyertai Paris St Germain ( PSG
) dengan harga perpindahan yang lumayan iaitu $50 juta menjadikan dia sebagai
pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak. Para penyokong tegar
Chelsea FC tidak begitu menyenangi Jose Mourinho ( The Happy One ) kerana
mereka beranggapan bahawa David Luiz merupakan salah seorang antara pemain-pemain terbaik di
Chelsea dan banyak membantu Chelsea menjulang trofi-trofi utama England mahupun
Eropah.Namun, dia dilihat banyak memberi sumbangan semasa Chelsea menjulang
trofi idaman para pemain- yang beraksi di Eropah iaitu, UEFA Champions League
Cup 2011/12 di bawah bimbingan adiwira saat genting mereka, Roberto Di Matteo. Dia merupakan salah seorang
daripada lima pemain Chelsea yang mengambil sepakan penalti dalam penentuan
kemenangan di samping Ashley Cole, Frank Lampard, Juan Mata dan Didier Drogba
menentang Bayern Munich yang dibarisi oleh ramai pemain-pemain bintang seperti
Manuel Neuer, Phillip Lahm, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller, Mario Gomez,
bintang sensasi Belanda Arjen Robben, Frank Ribery dan ramai lagi. Mereka juga
memenangi Piala FA 2011/12 pada tahun yang sama serta Europa League Cup 2012/13
pada musim berikutnya. Semasa Mourinho mengendalikan kelab untuk kali kedua,
dia sering diletakkan di bahagian tengah bertahan berbanding posisi semula
jadinya, bek tengah kerana untuk memberi laluan kepada Gary Cahill kerana
kekurangan aspek defensif dalam permainan.
Para
penyokong juga berbeza pendapat mengenai perpindahan Juan Mata ke seteru utama
mereka, Manchester United di bawah bimbingan David Moyes pada jendela
perpindahan musim sejuk 2014. Pada awalnya, Jose Mourinho bertegas bahawa Juan
Mata merupakan sebahagian daripada perancangannya namun dia hanya memulakan dua
perlawanan sejak Mourinho mengendalikan Chelsea untuk kali kedua. Walaupun Mata
jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, dia masih lagi menyumbang dalam
beberapa gol-gol peting Chelsea seperti hantaran sepakan percuma yang akhirnya
ditanduk masuk oleh Terry dan menyingkirkan Arsenal daripada persaingan Piala Liga
Capital One 2014 melalui gol Mata. Apabila Mata mendapati bahawa dia bukan lagi
pemain pilihan Mourinho dan sentiasa di belakang bintang Brazil, Oscar dalam
turutan, dia akhirnya menyertai Manchester United dengan harga perpindahan $32
juta, memecahkan rekod perpidahan kelab pada masa itu dengan persetujuan
bersama kelab. Mourinho menyatakan bahawa Juan ( Mata ) gembira dengan
perpindahan ini demi peningkatan dalam kariernya. Juan Mata merupakan tonggak
penting semasa Chelsea menjulang Piala Liga Juara-Juara 2011/12, Piala FA 2012
dan juga Piala Europa 2012/13. Dia juga menjadi pemain terbaik kelab untuk dua
musim berturut-turut iaitu pada tahun 2011 dan 2012. Dia telah menjadi nadi
dalam bahagian midfielder dalam menentukan rentak perlawanan serta mempunyai
visi yang tinggi pada tempoh tersebut sebelum digugurkan Mourinho atas sebab
kekurangan aspek defensif.
Begitu
juga dengan kisah bintang legenda Chelsea, Frank Lampard yang meninggalkan
Chelsea selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh bahagian pengurusan. Para
penyokong sekali lagi tidak berpuas hati dengan Mourinho kerana melepaskan
salah seorang midfielder yang telah menjadi nadi untuk kelab lebih dari
sedekad. Bukan itu sahaja, ini bermakna Chelsea juga telah melepaskan penjaring
terbanyak sepanjang zaman Chelsea yang sebelum rekod ini dipegang oleh Bobby
Tambling. Dalam kariernya yang penuh gilang-gemilang, dia telah mengucup begitu
banyak medal dan trofi. Dia telah meraih tiga Piala Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, dua Piala Liga, dua Perisai
Komuniti, satu Piala Liga Juara-Juara, satu Piala Europa selain
anugerah-anugerah individu sejak menyarung jersi Chelsea. Malah, dia juga telah
mengepalai Chelsea semasa menentang Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara
Eropah 2011/12 ( di mana dia merupakan salah satu pengambil sepakan penentuan
penalti ) dan juga S.C Benfica dalam final Liga Europa edisi 2012/13. Frank merupakan salah satu midfielder
terbaik pada zamannya di samping rakan senegaranya, Steven Gerrard, serta boleh
beraksi dalam pelbagai posisi tengah ( pemain perancang no. 8, pemain tengah,
midfielder defensif ) dan kadangkala boleh beraksi di bahagian sayap. Semasa
Mourinho menguruskan Chelsea pada kali pertama, Frank merupakan pemain penting
semasa menamatkan dominasi Manchester United serta Arsenal dalam persaingan
kejuaraan liga Inggeris. Semasa bimbingan Mourinho pada kali kedua pula, pada
awalnya dia merupakan pemain utama kelab sebelum dia jatuh dalam pemilihan
skuad di bawah Oscar dan Ramires namun selepas kejatuhan prestasi Oscar selepas
musim sejuk, Mourinho sekali lagi menggunakan khidmat Frank untuk berganding
bersama rekrut terbaru Mourinho pada musim sejuk, Nemanja Matic dari S.C
Benfica. Kini dia beraksi untuk Manchester City dengan status pemain pinjaman
dari New York F.C.
Begitu
juga nasib Ashley Cole ( serupa dengan Frank Lampard ), tidak diberikan kontrak
lanjutan oleh pihak pengurusan atasan.
Kini dia beraksi di Itali bersama A.S Roma, namun dilaporkan kurang gembira
kerana kekurangan minit permainan walaupun cemerlang semasa pra-musim. Semasa
menyarung jersi Chelsea, dia telah meraih banyak trofi dan merupakan salah satu skuad yang
memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah edisi 2011/12 mengalahkan Bayern Munich
( di mana dia juga merupakan salah seorang pengambil sepakan penentuan penalti
) dan juga Piala Europa edisi 2012/13. Semasa zaman kemuncaknya, dia merupakan
seorang bek kiri yang paling digeruni di Inggeris kerana ketangkasannya
bertahan serta kelincahan semasa naik menyerang seolah-olah posisinya di bek kiri
tidak akan terancam. Namun pada era kedua Mourinho, dia pada awalnya merupakan
skuad utama Mourinho tetapi selepas beberapa aksi hambar terutama semasa
pertembungan menentang Newcastle ( Chelsea tewas dalam perlawanan tersebut ),
dia telah digugurkan oleh Mourinho selepas kebangkitan prestasi bek tepi
kelahiran Sepanyol, Cesar Azpilicuetta setiap kali diturunkan oleh Mourinho. Mourinho
juga pernah menyatakan bahawa dia tidak mempedulikan lagi Cole ( Ashley ),
malah tidak juga mengambil berat tentang dia. Pada musim perpindahan 2014/15,
dia telah menjadi ejen bebas.
Trio
penyerang Chelsea musim lalu, Fernando Torres, Samuel Eto’o dan Demba Ba,
kesemuanya telah meninggalkan Chelsea musim panas ini. Eto’o meninggalkan
Chelsea selepas kontraknya selama setahun tamat dan sekarang menyertai Everton
secara percuma. Selepas meninggalkan Chelsea, dia sering mengkritik Mourinho
selepas Mourinho melabel Eto’o sebagai kuda tua memandangkan umurnya sudah
mencecah 33 tahun, namun begitu, Eto’o merupakan penyerang yang masih boleh
diharapkan dan cemerlang dengan 13 gol musim lalu serta meledak hatrik
menentang Manchester United. Nasib Fernando Torres pula sama setiap musim,
namun pada musim lepas, dia telah menunjukkan sedikit peningkatan, terutama
semasa menentang pasukan-pasukan yang kuat seperti Bayern Munich, Manchester
City dan Atletico Madrid. Pada awal musim, dia merupakan striker utama pilihan
Mourinho, namun dengan peningkatan prestasi Samuel Eto’o, dia hanya memanaskan
di bangku simpanan. Torres mempunyai momen yang terbaik apabila bertemu dengan
bekas kelabnya, Liverpool, di mana dia telah mengumpan bola kepada Willian (
pemain sayap kanan ) dalam keadaan 2 vs 1 dan Willian menjaringkan gol. (
Chelsea menang 2-0 ). Dengan persetujuan bersama, Torres akhirnya melengkapkan
perpindahannya secara pinjaman ke AC Milan demi memulihkan semula kariernya. Bagaimana pula nasib Ba ??? Pemain kelahiran
Senegal yang dibawa masuk oleh Rafael Benitez pada pertengahan musim 2012/13 dari Newcastle ini mempunyai reputasi yang terbaik
semasa di Newcastle, namun malap ketika di Chelsea. Ba jarang menghampakan
apabila diturunkan. Momen yang terbaiknya adalah apabila menjaringkan gol
penyamaan ke atas Paris St-Germain aksi timbal balik pada suku akhir Liga
Juara-Juara Eropah 2013/14. Ba akhirnya menyertai Besiktas kerana berasa
dirinya akan terpinggir sejurus ketibaan Diego Costa dari Atletico Madrid.
Romelu Lukaku ( dipinjamkan ke Everton ) mempunyai nisbah jaringan yang menarik
di Everton dan merupakan pemain termuda yang menjaringkan 65 gol pada usia 21
tahun ( berkongsi tempat dgn Sergio Aguero ). Lukaku akhirnya memeterai
perjanjian tetap dengan Everton dgn nilai perpindahan yang cukup lumayan buat
Chelsea untuk menutup kos perbelanjaan musim panas ini.
Kenapakah
Mourinho singkirkan mereka dari kelab sedangkan mereka telah memberi sumbangan
yang banyak terhadap kelab dan telah memenangi beberapa trofi semasa menyarung
jersi Chelsea. Seperti yang kita tahu, Jose Mourinho merupakan salah seorang
pengurus yang pakar dalam taktikal, formasi dan strategi. Dia tidak terlalu
mengharap pemain terbaik dari segenap posisi, Cuma dia mahukan kecenderungan
pemain-pemain yang dimilikinya. Jose Mourinho amat menggemari satu taktikal
yang lebih dikenali sebagai DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE iaitu, taktikal
yang mementingkan aspek disiplin semasa bertahan daripada setiap pemain dan
gaya serangan yang cantik semasa melakukan serangan serta permainan fizikal.
Kita bandingkan kelas Mourinho 2013/14 dan kelas kini, Mourinho 2014/15. Petr
Cech telah menjadi penjaga gol yang cemerlang buat sekian lama selepas ketibaan
The Special One pada 2004 mengatasi Carlo Cudicini. Namun, kepulangan semula
Thibout Courtois ke Chelsea selepas tempoh pinjaman yang mengagumkan di
Atletico Madrid menyebabkan Mourinho lebih gemar menurunkan Courtois berbanding
Cech. Faktornya, (1) umur, Courtois masih muda ( 22 ) manakala Cech ( 32 ). (2)
Cech juga telah melalui tempoh kemuncak kariernya manakala Courtois pula
strategi jangka masa panjang dan sekarang dia berada dalam puncak kariernya.
Kita
lihat pula pada bahagian bek tepi ( kiri & kanan ). Jose Mourinho suka
mengamalkan taktikal overlap, attacking fullbacks dalam pelannya. Pada bahagian
bek kanan pula tiada masalah kerana Branislav Ivanovic cemerlang semasa bertahan
dan menyerang juga. Iva juga bijak dalam pergerakan set-piece. Jika Ivanovic
cedera ataupun beralih ke posisi bek tengah, bek muda kelahiran Sepanyol,
Azpilicuetta masih mampu menggalas tugas
tersebut dengan cemerlang. Pada musim lalu, Ashley Cole mengalami penurunan
prestasi, namun Mourinho telah mengalihkan peranan Azpilicuetta dari bek kanan
ke bahagian kiri. Untuk mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa masuk
finalis Liga Juara-Juara 2013/14, Filipe Luis dari Atletico Madrid. Felipe
dikenali sebagai seorang bek yang tangkas dan rajin semasa kariernya di
Atletico Madrid. Masalah di bahagian bek tepi telah diatasi. Sekarang kita
lihat pula bek tengah. Mourinho memerlukan dua bek yang sasa, tidak
mementingkan aspek ATTACKING MENTALITY PROGRESSIVE serta mahir dalam gerakan set-piece.
Di sinilah kelemahan David Luiz kerana Luiz lebih gemar naik menyerang sehingga
meninggalkan bahagian kosong di bahagian pertahanan. Hal ini pasti menimbulkan
huru-hara apabila pasukan musuh melakukan counter-attack
kerana Luiz tidak memiliki kelajuan. Dan ini juga sebab mengapa Mourinho
lebih gemar menurunkan Luiz di bahagian midfielder defensif berbanding bek
tengah. John Terry, Gary Cahill,
Branislav Ivanovic dan Kurt Zouma sedia menggalas tanggungjawab tersebut. Mengapa
Terry diberikan kontrak lanjutan sedangkan Lamps dan Cole tidak diperbaharui
kontrak mereka.??? Hal ini kerana Mourinho masih memerlukan pemimpin di atas
padang untuk memotivasikan pasukan mereka. John Terry, salah satu kapten yang
berwibawa, sentiasa memberi motivasi kepada ahli pasukannya.
Kita
lihat pula pada bahagian midfielder. Mourinho memerlukan seorang pemain tengah
yang bersifat defensif. Ramires bukanlah jawapan sebenar kerana dia adalah
midfielder deep-lying ( bermain antara kawasan serangan-defensif ). Frank
Lampard juga telah tua dan dia tidak memiliki kepantasan seperti dulu lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa pulang Nemanja Matic dari
S.C Benfica semasa musim sejuk. Matic sememangnya cemerlang setiap kali diturunkan.
Peranan midfielder defensif adalah menutup bahagian yang ditinggalkan oleh
bek-bek tepi semasa naik menyerang, mengeluarkan bola dari kotak penalti untuk
melakukan serangan balas dan mengumpan bola ke arah kedua-dua bek tepi. Masalah
midfielder defensif juga dapat diatasi. Sekarang kita lihat pula bahagian
midfield tengah. Seperti mana yang kita tahu, Jose Mourinho gemar akan
seseorang midfielder yang fleksibel yang dikenali sebagai Dynamic Midfielder/ Creative Midfielder ( pemain yang mempunyai
kecenderungan untuk turun naik ). Pada musim lepas, Mourinho mempunyai beberapa
pemain tengah seperti Frank Lampard dan Ramires. Lamps pula telah melepasi peringkat
kemuncaknya seperti yang dikatakan tadi manakala Ramires pula belum menunjukkan
kemajuan tetapi masih mampu menggalas tugas tersebut dengan baik. Pada
perpindahan kali ini, Mourinho telah membawa masuk bintang sensasi Sepanyol dan
Catalan iaitu Cesc Fabregas. Fabregas mampu bermain dalam pelbagai posisi
midfield dan penyerang seperti false 9, pemain sayap, perancang no. 8 dan 10,
midfielder tengah dan midfielder defensif. Fabregas mempunyai visi yang tinggi
serta pakar dalam hantaran dan juga mementingkan aspek bertahan dalam
permainan. Ramires pula bakal menjadi pemain sokongan untuk Cesc jika berlakunya
kecederaan ataupun perubahan posisi dan strategi.
Mourinho
mengekalkan Ramires kerana pemain ini masih lagi berada pada zaman kemuncaknya
dan memiliki sikap disiplin semasa bertahan. Bahagian midfielder bukan lagi
jadi masalah kerana menepati kriteria Mourinho. Di bahagian midfielder
serangan/perancang pula, posisi ini boleh digalas oleh Oscar walaupun merudum
selepas musim sejuk musim lalu. Pada musim lepas, Juan Mata berada dibelakang
Oscar dalam turutan pemilihan skuad kerana faktor Oscar lebih mementingkan DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE
berbanding Juan Mata. Jika Oscar tercedera, pemain lain seperti Cesc Fabregas,
Eden Hazard masih boleh memikul peranan tersebut. Perbezaan antara Mata dengan Oscar :
(1) Mata bermain lebih selesa bermain lebih ke atas, Oscar pula lebih cenderung
bermain dalam peranan No. 8. (2) Mourinho menganggap Mata mempunyai kurang
dalam aspek disiplin bertahan walaupun masih cemerlang memikul peranan
tersebut. Oscar mampu memikul tugas yang ditinggalkan oleh Joe Cole. Pada bahagian
sayap pula, saya berasa Mourinho menang dalam aspek pemain sayap ini kerana
Mourinho sendiri yang membawa masuk pemain-pemain tersebut seperti Andre
Schurrle, Mohamad Salah, Willian. Mourinho gemarkan seorang pemain sayap yang
akan turun ke bawah sedikit untuk membantu semasa bertahan serta dapat menutup
kekosongan bahagian bek tepi jika bek tepi naik menyerang. Pada bahagian sayap kiri pula, ia menjadi
posisi semula jadi untuk bintang Belgium, Eden Hazard ( merupakan pemenang
anugerah pemain terbaik kelab pilihan peminat pada tahun 2014 ).
Namun,
Hazard juga boleh menggalas peranan No. 10 jika keadaan memaksa ataupun
perubahan formasi oleh Mourinho. Di bahagian sayap kanan pula, Schurrle,
Willian dan Salah perlu bersaing untuk menjadi pilihan utama Mourinho. Schurrle
dan Willian juga mampu bermain pada bahagian sayap kiri jika Eden Hazard tidak
diturunkan oleh Mourinho. Schurrle juga mampu bermain sebagai striker utama,
namun lebih kerap diturunkan sebagai pemain sayap ketika di Chelsea dan Jerman. Mourinho tidak perlu khuatir pada bahagian
sayap kerana masih terdapat pemain yang sedia diturunkan jika berlaku
kecederaan terhadap pemain utama. Masalah yang sentiasa menghantui The Happy
One adalah di bahagian striker.Pada musim lalu, Mourinho mempunyai tiga pilihan
pemain untuk mengetuai jentera serangan iaitu Fernando Torres ( menyertai AC
Milan ), Samuel Eto’o ( menyertai Everton ) dan Demba Ba ( menyertai Besiktas
). Mourinho gemarkan seorang penyerang yang bertubuh sasa, mengamalkan corak
permainan bertahan serta bermain secara fizikal atau dikenali sebagai target-man ( seperti Didier Drogba ). Ciri-ciri
tersebut hanya menepati kriteria Eto’o, tetapi dia telah berusia. Torres pula
lebih selesa berlari sambil membawa bola dari bawah dan bermain di kawasan yang
luas, tetapi menemui kesukaran jika bermain dlm kawasan yang kecil kerana
asakan lawan. Ini berm akna Torres perlu disisihkan dari senarai. Demba Ba juga
masih seorang penjaring yang prolifik dan hampir serupa dengan Drogba tapi
harus diingatkan hanya ada satu Drogba sahaja di muka bumi ini. Ba juga
digugurkan oleh Mourinho kerana bukan pelan jangka masa panjang Mourinho. Untuk
mengatasi masalah ini, Mourinho telah membawa masuk Diego Costa dari Atletico
Madrid kerana reputasinya di Vicente Calderon harus dibanggakan. Mempunyai
rembatan yang padu, memiliki tubuh yang sasa, deras semasa mengawal bola, mampu
memenangi pertembungan bola di udara serta tajam di hadapan pintu gol telah
membuktikan mengapa Mourinho membawa masuk Diego Costa.
Mourinho
juga telah membawa masuk penyerang Perancis dari QPR, Loic Remy. Remy merupakan
pemain sokongan untuk Diego Costa dan mempunyai nisbah jaringan yang
menakjubkan serta menepati ciri-ciri penyerang yang dikehendaki Mourinho. Dan perkara
paling ditunggu-tunggu peminat setia Chelsea adalah Mourinho telah membawa
pulang legenda kelab, Didier Drogba ke Stamford Bridge. Walaupun dia kini telah
berusia 36 tahun, Mourinho masih menuntut pengalaman Drogba agar pasukan
kendaliannya menjadi matang. Drogba juga menyedari dia bukanlah kembali ke
Chelsea untuk menjadi pemain utama, tetapi menjadi pemain sokongan untuk Costa.
Kepimpinan Drogba juga diperlukan dalam bilik persalinan. Melalui hujah di
atas, kita dapat simpulkan bahawa Jose Mourinho bukanlah membina skuad
berdasarkan status bintang mereka semata-mata tetapi dibina berdasarkan
keenderungan mereka dan yang paling penting, mengamalkan aspek disiplin semasa
bertahan iaitu DEFENSIVE MENTALITY PROGRESSIVE.